October 17, 2012

BENGKEL JAHIT MANIK SHIMMERING FLORAL DAN CRUMBLE


Assalamualaikum dan salam teramat sayang buat semua yg menjadikan blog madam sebagai rujukkan ilmu jahit menjahit.Untuk N3 kali ini madam nak war-warkan tentang bengkel jahit manik shimmering floral dan crumble yang bakal madam adakan di kelas madam pada bulan November 2012.
Di sini madam sertakan segala butiran tentang bengkel jahit manik tu ya.


Nama Modul--Shimmering Floral dan Crumble.

Tarikh           --13/11/12(hari Deepavali/selasa)

Masa            -- Jam 8.00pg- hingga siap bengkel .

Sijil             --  di sediakan.

Makan&minum- makan tengah hari di sediakan

Bahan2 utk bengkel- di sediakan dan boleh bawa pulang.

Tempat       --Blok 205-00-08,Flat Sentul Utama,Jln 26 Tmn Dato 
                      Senu,Sentul,KL.

Suasana  ---Selesa dan berhawa dingin.  

Yuran       --Rm  340.00 shj.

Deposit  --Rm 100.00

Jika sesiapa yang berminat boleh hubungi madam di 012-9757909.

Sila daftar nama   sebelum 6/11/12 sebab madam nak print nama peserta di sijil.Boleh buat bayaran deposit pada akaun maybank 
164221419560 Azra Sidi.

Untuk N3 kali ini,setakat ini dulu ya.Hingga kita jumpa lg,sambut salam 1 M'sia dan senyum selalu....Daaaa

 
  

October 09, 2012

KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

Menjawab beberapa persoalan rakan FB semalam. Bukan semua lepasan sekolah berminat untuk menyambung pengajian akademik, sebaliknya ada juga yang lebih cenderung dengan kerja-kerja praktikal serta
berasaskan teknikal.

Menyedari potensi mereka untuk digilap sebagai sumber manusia separa mahir dan profesional dalam bidang kemahiran, maka Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan laluan alternatif kepada lepasan sekolah menengah. Peluang itu dibuka kepada belia untuk melanjutkan pengajian sebelum menceburi bidang pekerjaan atau mengikuti program Ijazah yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT).

90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada factor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10 tahun daripada sekarang.

MARA menawarkan Program Latihan Kemahiran peringkat sijil dan diploma di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Banyak kelebihan pendidikan teknikal dan vokasional MARA.

Antaranya menyediakan laluan alternatif walaupun berkelulusan akademik yang rendah melalui (GIATMARA - IKM - KKTM - UniKL).
Malah tiada yuran pengajian, tetapi diberi pula Elaun bulanan.
Pelajar miskin mendapat bantuan kewangan dari KKLW
Latihan industri, Mendapat pengiktirafan JPA,
Program latihan menggunakan sistem penilaian CGPA - dapat
pemindahan kredit, mendapat kerjasama industri seperti Toyota, Petronas, WIM dan TWI. Pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pengalaman saya lebih 30 tahun menjadi majikan, 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata. Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutama di kalangan bumiputra lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.

Jadi, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yg tidak mempunyai kecemerlangan akademik jgn menyisihkan mereka. Beri dorongan sewajarnya dan bawalah mereka kearah pendidikan kemahiran yang sesuai dgn minat dan potensi membina kerjaya di masa depan. Maklumat terkini MARA menunjukkan status lepasan pelajar2 lepasan teknikal dan vokasional ini lebih 77% telah mendapat pekerjaan dengan mudah, 15% telah melanjutkan pelajar ke peringkat tinggi, 5% terlibat dalam keusahawanan dan hanya 3% saja yg belum mendapat kerja.

InsyaAllah, sy akan bekerjasama dgn MARA akan menjelajah seluruh negara, bertemu dengan para usahawan, ibubapa, adik-adik pelajar dan akan berkongsi pengalaman untuk memantapkan semangat dan mengilap potensi dalam diri mereka demi mencipta 3K (Kejayaan, Kebahagiaan, Kekayaan).

October 06, 2012

Seorang yang gigih!





Assalamualaikum.Salam sejahtera dan salam sayang dari madam untuk semua pembaca.N3 kali madam sekadar nak bersembang je...Gambar di atas ialah madam bersama dgn seorg pelajar madam yg datang dari jauh selatan tanah air kita iaitu dari Johor Bharu.Sangat gigih ya,sanggup datang dari jauh semata mata untuk mencari ilmu bersama madam.Madam sangat menghargai.Walau beliau tiada cuti yang panjang tapi di sebabkan hatinya terlalu teringin belajar bersama madam dia sanggup memenatkan badan datang belajar bersama madam.Beliau berpeluang menghabiskan masa belajar dgn madam hanya sehari suntuk iaitu dari jam 8.30pg hingga 8.30 mlm.Walau hanya dlm tempoh 12jam,banyak ilmu dan tips telah madam kongsikan bersamanya.Syukur,beliau boleh memahami apa yg telah madam sampaikan.Sebelum ni madam ada juga terima student dari Perak,beliau juga gigih datang ke KL semata mata untuk belajar bersama madam.Insyaallah,madam takkan lokek untuk berkongsi ilmu dan tips dengan semua pelajar madam.

Dalam proses mengajar,madam sentiasa akan mencari cara pendekatan yg simple dan mudah di fahami.Madam jenis guru yang suka murid bertanya,so madam tahu setakat mana student madam faham apa yang telah madam sampaikan.Semasa mengajar madam tak tumpu pd satu saiz saja ,selalunya madam akan buat uraian dan penerangan bagaimana mereka nak buat pakaian/pola jika mereka mendapat pelanggan yg tak sama saiz dgn mereka.So mereka dh tau apa yg patut di tambah or di kurangkan jika mereka mendapat pelanggan yg pelbagai saiz.Sepanjang proses belajar dengan madam,madam suka memberi tips dan info.Madam ingin bila student madam habis belajar dgn madam mereka telah mahir dan boleh menguasai bidang ini.Apa yang ingin madam tekan kan mereka mesti rajin mencuba,rajin berfikir dan membuat latih tubi supaya boleh menghasilkan kerja yang bermutu.Belajar kemahiran tak boleh pandai jika hanya buat sekali saja.

Insyaallah,selagi madam di kurniakan kesihatan yang baik dan fikiran yang waras,madam akan terus berkongsi ilmu dengan semua orang yang sudi belajar dengan madam.Bila ada kelapangan madam akan terus mencurahkan ilmu di blog kesayangan madam ni.Sesiapa yang telah mendapat ilmu hasil perkongsian madam,sudi lah kiranya sedekahkan Al-Fatihah untuk diri madam sebagai tanda terima kasih kalian pada madam.Itu saja yang madam pinta jika ianya tak keberatan buat kalian....madam dahulukan terima kasih pada yg sudi sedekah Al-Fatihah buat madam.Moga madam boleh terus  berkongsi ilmu selagi hayat di kandung badan.

N3 kali ini hanya hingga di sini saja.Jika sesiapa yang ingin belajar dengan madam,silakan.Madam dengan rasa lapang dada dan senang hati suka berkongsi dan mencurah ilmu madam bersama mereka yang sudi.Akhir kata,salam sayang dan salam satu M'sia.Daaaaaaa...jumpa lagi!










October 05, 2012

Antara tempahan baju melayu di AZRA FESYEN 2012.

Assalamualaikum.Apa khabar semua pembaca blog madam?Moga semuanya sihat ceria hendaknya.Amin!...Ok,mana yg kurang sihat,gi ushakan ubat yang sesuai utk masaalah kesihatan kalian ya.N3 kali ni madam sekadar nak berkongsi gambar baju-baju melayu yang telah madam siapkan utk tempahan raya thn 2012.Ok,jom la kita cuci mata....jom jom jommmmm.....







Pada tahun ni,madam banyak menerima tempahan baju melayu fesyen ni...
Ini,madam belum jahit butang pd baju melayu ni.










Begini lah rupanya baju melayu fesyen ni yang telah madam siapkan.


















Ini baju melayu johor or teluk belangga.






















Lehernya madam guna paiping yg madam buat sendiri dari kain yang sama.







Walau buju ni untuk budak,madam tetap buat stail org dewasa,potong bahu.







Ini pulak seluarnya.Madam potong n jahit seperti seluar org dewasa juga.







Seluar kanak2 ini madam tetap letak zip.Pinggangnya depan guna balkram dan belakangnya madam tambah getah.









Walau seluar budak tetap madam tambag dart spt seluar org dewasa.
















Baju melayu ini pulak,seperti kemeja.Berbutang n guna tali(dari kain perca).Juga bersulam di sepanjang belahan depan baju.Desing sulam tu madam ikut contoh yg di beri oleh pelanggan ni.




























Baju melayu ni sama patern dgn yg mula madam tunjukkan di atas.Hanya istimewanya ialah kolar n poket guna kain yg kontras!
















Baju melayu ni terhasil fesyen begini atas kreatifnya tuan punya baju...









 


















Baju melayu ni tempahan dari orang yg sama dgn baju di atas.






















Ini pulak baju ayah pada baju2 di atas.


Untuk baju si ayah ni agak berlainan kerana menggunakan 3 kombinasi kain.Jika di perhatikan,poket baju melayu ni warnanya sama dengan badan tapi ia agak berkilat kerana untuk poket dan pesak tuan baju ni menggunakan kain satin yg sama warna.Manakala untuk kolar baju melayu menggunakan warna kontras.Sama dengan ank2nya.
 


Untuk 3 gambar di bawah,madam nk cerita sikit.Masa tuan baju ni dtg tempah baju madam agak keberatan untuk menerimanya.Sebab tuan baju ni nak buat lain dari yg lain.Dia minta madam buatkan baju melayu dia berkolar seperti kemeja dan tangannya pulak buat caff seperti tangan baju kemeja.Pada awalnya madam termenung memikir dan membayangkan hasil baju melayunya nanti bila siap.Setelah berfikir seketika,madam pun setuju menerima tempahannya.Maka ini lah hasilnya....madam buat dalam keadaan bimbang...ialah tak pernah buat !






















Gambar di bawah ni,fesyennya masih sama seperti yang beberapa baju di atas.Tapi tak ada penggunaan kain kontras di kolar dan poket.Biasa-biasa jer...




















Mmmm...untuk baju yang seterusnya ini ada cerita lain.Memang lain dari yang lain.Kalau tengok pada fesyen memang biasa-biasa saja tapi bila di teliti ianya memang ada kelainan tersendiri.Isteri pada tuan baju memang suka fesyen,kalau menempah pakaian di kedai madam selalu ingin kelainan.Begitu juga pada suaminya.Baju di bawah ni ialah suaminya punya.Tuan baju ini minta madam buatkan baju melayu johor.Tapi minta madam jahitkan mata lalat bukan di sekeliling leher saja malah juga pada hujung tangan,setiap atas poket dan bawah (hujung) bajunya.Fuhhh!jenuh U!Sebagai tukang jahit yang baik madam layannnnnn....Jom tengok....













Untuk gambar yang di bawah ni,ialah baju melayu budak umur setahun lebih....madam memang tak nak ambil tempahan baju budak, lagi2 budak yang bawah 3 tahun.Tapi apakan daya kerana terpaksa madam ambil juga tempahan ini...soooo inilah hasilnya.





Ok,untuk gambar yang di bawah ni pulak ialah sebahagaian lagi tempahan baju-baju melayu untuk tahun ini,2012.Madam tak sangkut baju2 tenpahan ni sebab tempat yang madam khaskan untuk sangkut baju melayu telah patah kerana terlalu berat menaggung baju-baju tempahan.






 Nampaknya setakat inilah perkongsian madam untuk kali ini.Jika ada kelapangan,insyaallah,madam akan buat lagi perkongsian yang lain.Seperti biasa,madam akhiri N3 kali ini dengan salam sayang,salam satu M'sia dan senyum selalu!daaaaaaaaaaa