May 09, 2012

SELAMAT HARI IBU!

Assalamualaikum dan salam syng buat semua
pembaca blog madam.Moga semua sihat dan
ceria sentiasa.Amin!...Hari Ibu...sebenarnya
kita yang bergelar anak mesti sentiasa mengingati
ibu kita.Ibu kita mesti sentiasa di hati kita.Jagan lah
ingat ibu bila hari ibu sahaja ya!Doakan kesejahteraan 
ibu kita sentiasa.Pagi2 hari,terutama lepas solat subuh
sedekahkan Al-Fatihah pada kedua org tua kita.Tak
kira lah mereka masih hidup atau sudah tiada.Supaya
hidup kita ni berkat.Dan jagan lupa sedekahkan Al-
Fatihah pada diri sendiri juga,banyak kebaikkannya.

Mesti pembaca blog madam kali ni agak hairankan?
Lain jer N3 kali ni.Sebenarnya,hari ni madam cuti.
Dan pagi2 tadi selepas uruskan ank2 sarapan pg dan
hantar mereka kesekolah,madam merancang nak balik
kerumah ibu madam sekejap utk menghantar hadiah
hari ibu yang telah madam sediakan utk ibu madam yg
tersayang.Madam balik rumah dan masak puding laici
utk madam bawa bersama ke rumah ibu madam.Ibu
madam tinggal di PJ.Madam meraikan hari ibu utk thn 
ini agak awal sebab madam tak pasti ada kesempatan 
or tak pada hari ibu tu nanti.....Jom tengok apa yang 
madam sediakan sebagai hadiah hari ibu utk ibu madam.
Jom jom jommmmmmm .............


Inilah hadiah yang telah madam belikan utk ibu yang sangat madam sayangi.











 Madam hadiahkan Quran ReadPen ini sebab penglihatan ibu madam tidak baik.









 Insyaallah,dgn pemberian madam ini akan membantu ibu madam utk menghafal Al-Quran.



 Set Quran ReadPen ini bukan sahaja di sediakan Al-Quran tapi di datangkan sekali dgn Muqqadam.Set ini juga sesuai utk semua peringkat umur.









 Inilah,pen bijak tu!Bila di 'on' akan berbunyi Bismillahirahmanirohim dan bila di 'off' akan berbunyi Sadaqallahulazim.
 Yang ini ialah puding laici yang sempat madam masak utk di bawa ke rumah ibu madam.



Puding Laici utk ibuku!.....nampak simple tapi rasanya sangat enak!...hehehe
Dan yang ini ialah hadiah dari madam utk ibu mertua madam yang tersayang.Tentu anda bertanya kenapa tak beri hadiah yg sama utk mertua,jwbannya sbb mertua madam kena strok,tak mampu bergerak.Jadi madam hadiahkan tuala mandi yang kainnya sangat berkualiti n gebus.Madam tempah khas utk ibu mertua madam.Tapi hadiah ini tak dapat madam beri dgn tangan sendiri sebab mertua madam berada di Changloon,Kedah.




Doa madam utk kedua-dua ibu yang sangat madam sayangi ini,moga mereka sentiasa di rahmati ALLAH,di kurniakan kesihatan yg baik dan berbahagia menjalani kehidupan di hujung usia.Amin.....Mak,La syng mak!....(La ialah nama manja madam dlm keluarga).


SELAMAT HARI IBU  BUAT SEMUA IBU YANG MEMBACA BLOG MADAM!....moga kita yang bergelar ibu,akan menjadi ibu yang menjadi kebanggan anak2 kita!...Pada ank2 ibu terima kasih kerana menjadi anak yang baik pada ibu dan ayah.Doa ibu sentiasa mengiringi kalian.....


Setakat ini saja N3 madam kali ini.Insyaallah,kita berjumpa di keluar yang lain ok!Salam syng,salam 1 M'sia dan senyum selalu!

No comments:

Post a Comment