April 27, 2012

PAIPING


Assalamualaikum.Moga semua sihat sejahtera hendaknya.
Amin!N3 kali ini madam nak kongsi tentang paiping/kun.
Mungkin paiping/kun kurang sambutannya tapi kebelakangan
ini fesyen baju kurung tradisional berpaiping mula ada sambutan kembali.So kali ini kita akan berkongsi ya cara-cara memasang 
paiping/kun dan menyambung paiping.Ok la,madam taknak 
berceloteh panjang.Jom kita tengok lah apa yang telah madam sediakan...jom jom jom.................


Sebelum itu madam nak perkatakan sedikit
tentang paiping.Paiping di perbuat dari kain 
yang di potong serong(bias).So jika,anda ingin 
membuat paiping sendiri boleh la memotong 
kain secara serong dengan lebar satu suku inci
(lebih selesa semasa membuat \kerja nanti) 
tapi kalau dah mahir boleh la potong kain 
menyerong sebesar 1" saja.Setelah memotong
kain menyerong sambungkan jika pendek.
Macamana nak sambung????....jagan risau!
di N3 kali ini madam ada tunjukkan cara
menyambung paiping secara betul.(harap
madam membantu kalian ya)Tapi kena lah
terus bersama madam,baca dan teliti apa yang
madam kongsikan di sini ya!








Ini lah yang di panggil 
paiping.Paiping ini yang tersedia jual dikedai jahitan.Kalau madam,
madam suka guna paiping jenama dolphin.
**Jika anda ingin membuat paiping sendiri,
setelah memotong serong kain,lipat dan gosok       
seperti paiping ini.**



Ok,ini madam nak tunjuk cara 
menyambung paiping.Gosok kedua-
dua hujung paiping yang hendak di 
sambungkan seperti dalam gambar.
**jika anda membuat paiping 
sendiri begini juga lah cara 
                                 menyambungkan paiping anda itu.**





Setelah di gosok.Tindihkan
bahagian luar bertemu luar.
Maksud madam,satin yg berkilat
kita temukan tapi dgn cara seperti
dlm gambar.Jagan temukan cara lurus
sebab tak menjadi nanti. 






Mesti letakkan paiping dalam
kedudukan begini (bersilang)
dan jahit secara serong,seperti
yang madam pinkan tu.....faham
tak?....harap faham ya..risau la 
madam kalau anda tak faham. 









 Ok,setelah di jahit,beginilah
rupanya di bahagian depan. 









Dan ini bahagian dalamnya
setelah paiping di jahit(cantum)
Basi jahitan paiping.












Gunting basi jahitan paiping.
Jadikan basi hanya suku inci saja. 











 Setelah tu gosok.










Setelah gosok.Anda gunting
lebihan yg kelihatan.







Jadikan seperti ini.Tak ada
lebihan basi paiping yang
kelihatan. 






 
Ini pula pandangan dari 
sebelah dalam paiping yang
telah di sambung.Kelihatan 
sama seperti paiping yg kita 
beli dah siap cara sambungannya.






Ok,bila dah kemas kan 
basi jahitan paiping tu.
Kita lipat seperti paiping 
biasa dan gosok.





 


 Maka,ia akan jadi seperti 
ini.Ini bahagian luar paiping.







 
Bila nak mula menjahit
paiping,madam nasihatkan
lebih baik anda, jahit dulu
sebelah bahagian lipatan 
paiping.Bahagian yang di
jahit bukan bahagian yg
akan di jahit pada kain atau pakain.

Bahagian yang tak di jahit
tadi kita jahit/cantum pada
kain atau pakaian yang
hendak kita letak paiping tu ya.
Jadi nanti kelihatan ada 2 jahitan.
Tentu anda bertanya,apa motif
madam jahit dulu yang sebelah 
bahagian lipatan paiping tu kan?
Tujuannya supaya memudahkan
kerja kita bila melipat sambil 
menjahit paiping  kedalam.Kerja 
kita lebih kemas  dan bila siap  
tak ada lah paiping yg terlepas 
dari jahitan. 




Begini lah kelihatan dari pandangan
sebelah dalam paiping yang  telah
di jahit.


















Yang ini pula,pandangan
bahagian luar paiping yang 
telah siap di jahit.Cantik bila
ianya siap dlm keadaan 
membulat ya!


















 



 Begini lah rupanya paiping
yang telah siap madam jahit.










 Piping ini madam jahit di
kolar  2 tingkat baju gaun.






Untuk perkongsian kali ini setakat
ini sahaja.Harap memberi manfaat
pada semua tukang jahit dan 
membantu kalian semua.Terima kasih 
yang sudi ke blog Madam Azra ini.
Madam tinggalkan kalian semua
dengan salam sayang,salam 1 M'sia
dan senyum selalu ya!....Daaaaaaaa 

***madam minta jutaan maaf sebab kali
ini penulisan madam agak lintang pukang
sebab madam sedang menyesuaian diri
dgn sistem baru blog....belajar semula....
madam sedih tengok N3 kali ni seperti 
budak tadika!...dah banyak kali madam
edit tapi ini hasilnya...yang ado!
penat dah edit! harap memahami ya...

BERSIH!???

Assalamualaikum dan salam satu M'sia!moga semua dlm sihat sejahtera hendaknya.Amin!..Hari ini semua org perkatakan tentang BERSIH!..Di sebabkan BERSIH madam terpaksa membatalkan rancangan madam utk membawa anak2 ke PWTC,pesta buku.Madam dan anak2 memang tak pernah ketinggalan mengunjungi PWTC bila ada pesta buku.Tapi untuk kali ini mungkin madam agak lewat utk mengunjungi pesta buku,mungkin hari rabu madam bawa ank2 pergi ke PWTC.Pada hari esok madam ada kelas,isnin dan selasa pulak madam akan bercuti ke........biarlah rahsia...ssshhhh!.....So di sebabkan semua org bercakap n bincangkan tentang BERSIH...apa kata kita mulakan dengan diri kita dulu...

1-BERSIHKAN HATI KITA DENGAN BANYAK BERZIKIR

2-BERSIHKAN TUBUH BADAN KITA DENGAN:-

**MANDI BERSIH2....SCRUB BADAN BUANG DAKI N

  KULIT MATI,BERSIHKAN GIGI,MULUT DAN LIDAH.

**SHAMPOO RAMBUT...SEBERSIH2NYA!

3-BERSIHKAN BILIK AIR ANDA....BIAR MEMANCAR2!

4-BERSIHKAN BILIK TIDUR ANDA....BIAR UDARA

  SEGAR MEMENUHI BILIK  TIDUR ANDA 

5-BERSIHKAN SELURUH KAWASAN LUAR DAN DALAM    
  RUMAH ANDA.

6-BERSIHKAN KERETA LUAR DAN DLMNYA...JGN  
  KERETA ANDA TU MACAM TONGKANG PECAH!


7-BERSIHKAN KASUT SEKOLAH ANAK DAN KASUT ANDA 
  JUGA JIKA PERLU.


8-BERSIH DAN SUSUN BUKU DLM BEG SEKOLAH ANAK.
  TENGOK KOT ADA KERJA SEKOLAH YG PERLU ANAK 
  SIAPKAN DAN APA YG ADA DLM BEG SEKOLAH ANK 
  TU!
9-BERSIHKAN DAPUR DAN PETI SEJUK DI RUMAH ANDA
  (JAGAN SIBUK PULAK TENTANG DAPUR DAN PETI 
   SEJUK RUMAH SEBELAH)..HEHEHE

10-AJAR ANAK2 TENTANG BERSIH YANG SEPATUTNYA.

Mmmmm banyak benda  dan perkara yang berfaedah boleh kita buat pada hari BERSIH ini....Jom jom jom....kita buat kerja bersih membersihkan ni....mungkin dengan aktiviti BERSIH yang kita lakukan bersama dengan ahli keluarga kita akan mengeratkan lagi kasih sayang kita bersama ahli keluarga.....sayangilah keluarga!Ok madam akhiri perjumpaan kita kali ini dgn salam syng,salam 1 M'sia
dan senyum selalu....Daaaaaaaaaaa!

April 23, 2012

Besday Madam!

Assalamualaikum.Apa khabar semua?Seperti biasa,madam doakan
semua berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa.Amin!
Mmmm...N3 kali ini madam nak kongsi rasa hapi madam.Pada
20 April yg lalu madam telah menjadi makin matang n dewasa.
Syukur Alhamdulillah,Allah panjangkan usia madam.Doa madam
utk diri sendiri..Moga Allah kurniakan madam kesihatan yg baik,
di berikan rezeki dgn penuh kasih syng NYA dan penuh Rahmat n
Berkat.Amin!....Madam nak kongsi gambar(nk kongsi rasa tak boleh)
coklat besday madam yg di tempah khas oleh adik angkat madam
yg sangat syngkan madam (mula madam sangka kek coklat hehehe)
tapi rupanya coklat yg di buat spt kek....jom tengokkkkkk




jeng jeng jeng.....hah! ini lah sesuatu
yg istimewa,pemberian hadiah dari
adik angkat madam.....sangat terharu U!



Pada mulanya madam sangka ni kek
coklat.Spt biasa la madam nk potong
dgn pisau tapi adik angkat madam kata
cuba angkat penutup bentuk "love" tu.
Madam hairan la!...Ehh boleh angkat ker?
So madam pun cuba lah angkat (takut gak
mana tau ada yg nak kenakan madam).



Soooooo...madam cuba buka....
jeng jeng jeng!...rupanya dlmnya
ada coklat comel!...hehehehe



Pertama kali dlm hidup madam terima
coklat sebesar ini ...bentuk love tu coklat
jugak tau!...tak termakan...syng lak
tengok rupa bentuk love yg cantik tu...



Coklat yg comel2 tu dah madam bg ank2
n bebudak yg dtg ke butik madam mkn.
Tapi yg love tu belum berusik lg,masih madam
simpan dlm peti sejuk......yang pasti coklat love
tu madam kena jugak potong n di nikmati coklatnya!
Kalau madam sorang tak mampu nk makan!


Sangat istimewa bg madam.....terima kasih buat adik
angkat madam ....MILA N SAIFUL....moga kalian
terus bahagia bersama!Terima kasih banyak2 dgn kejutan
ini.

Ok!itu aje la yg nk madam kongsikan....jutaan terima kasih
juga buat suami,ank2 dan semua kenalan madam yg telah
membuat sesuatu istimewa utk madam dan doa2 kalian
utk madam.Hingga jumpa lg,madam akhiri dgn salam syng,
salam 1 M'sia dan senyum selalu ya!...Daaaaaaaaaaaaaa!

April 18, 2012

RAHSIA AWET MUDA

RAHSIA AWET MUDA

Kajian yang dilakukan telah membuktikan 'Rasa Keriangan, kepuasan, kesyukuran dan ketenangan jiwa' dapat mengekalkan keceriaan wajah kita dan melenyapkan 'Ketuaan' kita. Salah satu penawar yang tidak kurang mujarabnya ialah 'Senyuman' dan keikhlasan hati yang akan memberi ketenteraman jiwa, kepada diri kita sendiri dan kepada orang yang menerimanya.

Jadi bagi wanita yang sedang dimamah usia, sudah pasti kita memerlukan krim muka yang 'rich' kuat dan lebih bagi menghilangkan kedutan di muka bagi menaikkan seri wajah. Tapi tidak perlu bimbang kerana kini kita sudah ada jalan penyelesaiannya. Anda ingin tahu?

Kita hanya perlu tukar sikap panas baran. Iri hati. Dengki kita dengan mempamerkan 'good temper' dan pembersihan hati nurani. Kerana perasaan riang ditambah dgn. Kesucian hati, dgn. sendirinya akan meringankan segala kesakitan, kemarahan , kebencian dan seterusnya menjauhkan diri kita dari sifat-sifat perasaan yg. membawa pada kemudaratan dan 'Kelihatan tua' dari usia kita.

Jadi mulai sekarang mari kita sama-sama membuang sifat panas baran dan gantikan dengan sifat keriangan dan kesabaran dengan penuh keikhlasan.

Ketahuilah sifat-sifat ini umpama mentari yg. menyinar dalam kehidupan kita. Nescaya kita akan kelihatan sentiasa 'Cool. Calm. Collected' Rahsia Awet Muda, lebih sihat dan sudah tentulah lebih berjaya dan bahagia.

Perasaan sakit hati. Dendam. Benci adalah punca utama yg. menyebabkan timbulnya pelbagai 'Penyakit' terutama sekali 'Tua dari Usia'!

April 11, 2012

TEMPAHAN HARI RAYA 2012






AZRA FESYEN TELAH MULA MEMBUKA TEMPAHAN
HARI RAYA 2012.

*TARIKH AKHIR TERIMA TEMPAHAN
20/6/12(UTK PAKAIAN WANITA SHJ)

*BAJU MELAYU LELAKI TEMPAHAN DI
TERIMA SEHINGGA 31/5/12.

*BAJU KANAK2 TEMPAHAN DI
TERIMA SEHINGGA 31/5/12.

*PAKAIAN WANITA YANG BERLAINING
DI TERIMA SEHINGGA 31/5/12.

*BOOKING TIDAK DI TERIMA,HANYA TEMPAHAN
YANG BERSERTA KAIN SAHAJA DI LAYAN.
BERMINAT HUBUNGI PN.AZRA DI 012-9757909.
BLOK 205-00-08,FLAT SENTUL UTAMA,JLN 26
TAMAN DATO SENU,SENTUL,51000,K.L

AZRA FESYEN JUGA MENERIMA TEMPAHAN SECARA
POS.JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI PN.AZRA .

SEKIAN TERIMA KASIH.

JADILAH INSAN YANG CEKAL MENGHADAPI UJIAN HIDUP

JADILAH INSAN YANG CEKAL MENGHADAPI UJIAN HIDUP

Semalam kita dikejutkan dengan amaran bencana Tsunami. Bencana Alam. dan pelbagai lagi ujian, dugaan dan cabaran besar menanti kita di hadapan.

Namun walau apapun. Bagi orang yang cekal menghadapi ujian. 2 perkara yang perlu dilakukan dan dimiliki oleh setiap muslim:

Pertama: membina kekuatan rohani melalui solat.

Kedua: Memiliki pengetahuan mengenai Rahsia Ujian.

Ketika bersolat, kita menghadap Allah. Kita memulakan solat dgn. membesarkan Allah. Memuji Allah. Berdailog dgn. Allah. Merayu, memohon dan berserah kepada Nya. Maka sudah semestinya salah satu hasil solat adalah 'Terbinanya keyakinan yg. sangat kuat dlm hati seorang hamba 'Allah adalah Maha Segalanya'.

Dengan keyakinan inilah kita bergantung padanya dalam apa keadaan, bala bencana dan kesusahan apa jua. Dia yang berkuasa ke atas segalanya.

Apabila kita ditimpa kesusahan, bencana, ramai di antara kita menjadi amat dukacita. Sedih. Marah. Ini berlaku kerana tiada keyakinan pada kekuasaan Ilahi dan kurangnya pengetahuan mengenai rahsia ujian itu, yg. Disangkakan ujian itu buruk. Kesusahan yg. merugikan. Membalakan. Tanpa memikirkan kebaikan dan keuntungan di sebalik ujian itu.

Semakin tinggi pengetahuan seseorang tentang rahsia ujian. Maka semakin berjayalah dia menjadi insan yg. tenang, bijak dan cekal menghadapi ujian, bencana, kepayahan dan kemudaratan.

Allah tidak hanya memberikan kesenangan hidup kepada manusia . Tetapi turut menguji mereka dgn. kesusahan. 'Sesungguhnya kami mencipta manusia dalam susah payah' (surah Al Balad : 4)

Rahsia Ujian Hidup. Ketahuilah bahawa masalah adalah Tanda Kehidupan. Semakin banyak masalah, semakin Hiduplah diri anda. Ujian melahirkan manusia yg. cekal dan tabah. Menghasilkan kreativiti. Dinamik. Memperkayakan pengalaman hidup. Menyedari Makna Kehidupan. Wujud Kekebalan diri. Itulah Rahmat di sebalik setiap kesusahan dan penderitaan. Untuk lulus ujian Allah ini. Hadapilah ia dengan penuh kecekalan dan Kebijaksanaan.

April 08, 2012

Busana Pengantin Putih Suci Gitu!

Assalamualaikum n salam sejahtera buat pembaca blog madam.
Moga semua dlm sihat sejahtera hendaknya.Amin.Mmmm...
lama madam tak buat N3,atas sebab kesibukan dgn tugasan
dan juga madam ada sedikit masaalah teknikal dgn blog madam.
Untuk N3 kali ini madam ingin berkongsi tentang busana
pengantin.N3 kali ini madam paparkan sebahagian dulu ya.
Busana ini telah pun di pakai pada hari bersejarah pelangan
madam.....doa dari madam,moga mereka kekal n berbahagia
hingga hujung nyawa.Amin!...Ok la,jom la kita tengok gambar2
busana yg telah madam siapkan.Jom jom jom......





Ini lah busana pengantin yg serba putih ....
suci gitu!



Baju ini di ilhamkan oleh pengantin lelakinya.
Sebab pengantin lelaki ni sangat tinggi orgnya
dan pengantin perempuannya lak,kecil comel jer.
Baju ini lace tidak di gunakan sepenuhnya.


Baju ini madam sulam lace ke badan baju n kainnya.


Bahagian depan baju madam sulamkan
lace .Tapi bahagian sisi badan madam biarkan
kosong jadi pemakai kelihatan langsing.


Bahagian sisi badan dan bahagian bawah
belakang baju.


Bahagian bawah kain.Madam sulamkan lace
di bahagian bawah kain supaya kain tak
kelihatan kosong.Berseri gitu!


Ini bahagian belakang kainnya.Madam buat
tail di bahagian belakang kain dan juga sulamkan
lace dan buat biku-biku bagi nampak cantik lg.


Bahagian bawah belakang kain.






Hah! yang ni pembaca blog madam
tau tak apa dia?...mmm betul! Ya ini
ialah veil (selendang pengantin)



Madam sulamkan lace yg sama
pada veil ini.




Bahagian depan tengah kepala
madam sulamkan lacenya agak
tebal sikit.Dan madam sulamkan
sedikit di bahagian tertentu veil tu.
Tapi pastikan bila di pakai sulaman
tu terletak di tengh depan kepala,bahu
kiri n kanan dan belakang.


Mmmm...setakat ni ajer la cerita pasal busana ini.

Tapi madam ada nak kongsi lagi satu busana
pengantin yg juga berwarna putih....Gaun pengantin!
mmmm cantik tau! Ok la jom kita tengok jom jom jom...


Hah! ni lah gaunnya.Sebenarnya gaun ini di
pakai bersama inner berwrna putih juga tapi
tuan baju ni masa bawa kepada madam
minta madam buat "touch up" tak bawa inner
dan dawai yang buat gaun ni kembang.
Jom la kita tengok gambar2 yg lain,sampai
bahagian dlmnya pun madam ambil gambar.



Bahagian belakang.Lubang2 tu utk tali sebagai
hiasan ajer tapi kalau baju ni longgar pd pemakai
boleh la ketatkan dgn tali di belakang ni.yang
sebelah kanan tu antara hiasan yg terdapat
pd gaun kembang ni.Baju ni banyak sangat
hiasannya.


Antara hiasan yang terdapat pd gaun ini



Bahagian dalam.(belakang)



Hah! yang bahagian ini ialah
sebelah dlm gaun ini.Dawai khas
akan di masukkan di tape putih tu.
Dan dawai itu lah akan membuat
gaun ni menjadi sekembang mana
yang si pemakai nakkan.



Bahagian dalam gaun.



Bahagian dalam gaun.Gaun ini
ada 3 lapisan semuanya.



Bahagian paling luar di gunakan
kain lace.


Antara hiasan yang terdapat di gaun ini



Kuntuman bunga ini di bahagian
atas dada kanan.












Ok,nampaknya untuk N3 kali ini,ini sahaja perkongsian
madam dgn pembaca semua.Insyaallah,madam bercadang
nak berkongsi ilmu dgn pembaca semua tentang kurung pesak
or kurung tradisional.So...tunggguuuu ya!
Seperti biasa,madam akhiri perjumpaan kita ni dengan salam
1 Malaysia dan senyum selalu!...hingga jumpa lg..Daaaaaaaaa...